AKU, MEREKA DAN DEKON
Entri ini kutulis sebagai penghargaan buat anak-anak muridku Syafiq, Shah Irwan, Asyira, Hafiz dan Ikmal tidak lupa kepada Elyani kerana ini satu pengalaman berharga yang tidak ternilai bandingannya. Apabila menyebut tentang Dekon, ramai yang tidak pernah mendengarnya, namun dalam kalangan penggiat seni persembahan dan bahasa lebih mengenali puisidra (puisi dan drama), taripudra (tarian, puisi dan drama). Dekon merupakan singkatan deklamasi dan lakonan, hal ini bermakna dekon melibatkan penyampaian deklamasi sajak dan dendangan puisi yang dilatari oleh lakonan yang memaknakan persembahan. Apabila SMK Cheras Perdana menganjurkan bengkel dekon ini dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, setiap sekolah dikehendaki menghantar wakil seramai dua orang untuk mempelajari tentang dekon. Melihat senarai nama calon yang dipilih oleh Ketua Panitia, aku lantas mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan murid yang lebih berkebolehan dan berani menonjol di khalayak, t