Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Salam Perpsahan Buat Seorang Kakanda

16 Mei berlalu begitu sahaja di sekolahku. Tiada sebarang majlis bagi menghargai jasa pendidik seperti kami, melainkan bacaan perutusan selamat hari guru yang lazimnya di baca di semua sekolah. Walaupun tanpa majlis rasmi , terusik juga hati ini tatkala masuk ke kelas 5A untuk menjalankan proses pengajaran dan pemelajaran kerana bangkitnya ketua kelas itu, Shazli yang mengucapkan Selamat Hari Guru sekali gus seluruh kelas mengucapkannya. Itulah sahaja Hari Guru buatku kerana pihak sekolah mengambil keputusan untuk mengadakannya pada 21 Jun nanti sempena persaraan seorang guru yang amat komited terhadap taman sains.

Aku dipinta menghasilkan sebuah sajak khusus untuknya.
Mudah sahaja dan kukira sesiapa pun mampu mengerti.

EULOGI BUAT SEORANG GURU
(Khusus buat Pn. Sharifah Noraini)

Seandainya mampu kuhentikan waktu
Tak akan kubiarkan waktu ini berlalu
Kerana di sini bermukim rindu
Dari setiap pepenjuru matamu.

Seandainya bisa kuutuskan warkah
Akan kupahat seribu lembaran sejarah
Kerana kasihmu, kas…

Bulan Bahasa yang meriah

Bulan April berlalu dengan penuh gemilang. SMK Cheras Jaya berjaya menjalankan banyak aktiviti sempena Bulan Bahasa yang memilih tema 'Bahasa Luhur Masyarakat Tersohor'.
Dalam majlis pembukaan, persembahan pelajar yang amat menarik hasil kerjasama pelajar Pendidikan Khas dan murid-murid Kelas Rancangan Khas. Persembahan ini membawa mesej bahawa semua anggota masyarakat perlu menggunakan bahasa dengan penuh kesopanan dan kesantunan. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Bahas Ala Parlimen, Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menulis cerpen, esei antara kelab, menghasilkan buku skrap, tutur berirama, pertandingan mengeja dengan betul, dan menghasilkan pantun.

Pada majlis penutupan, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Persatuan Penulis Selangor yang turuut mendeklamasikan sajak yang berjaya menarik perhatian para pelajar. Sebagai salah seorang tenaga penting dalam menjayakan program ini, saya merasa sungguh berbangga dan bersyukur kerana segala susah payah se…

Sehari Bersama-sama Sasterawan Negara

Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Rithwan telah diraikan oleh Persatuan Penulis Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Menurut beliau, majlis sedemikian jarang-jarang dilakukan lebih-lebih lagi apabila kedatangannya ke SMAP Kajang telah diringi paluan kompang dan solawat

Tangisan Bumi

Imej
Tangisan Bumi

Suatu waktu dahulu
Tatkala aku pulang ke kampungku
Berjumpa nendaku yang kurindu
Sungai di situ indah berliku
Anak-anak seluang, sepat dan haruan riang bermain di situ.

Kini, nenda sudah tiada lagi
Perginya mengahadap Ilahi
Sungai yang indah berliku berubah kini
Seluang, sepat dan haruan sudah tiada lagi
Kerana sifat manusia mencemari bumi
Flora dan fauna pun menangis sendiri.

Tangisnya bumi,
Bulan pun tidak berseri lagi
Kerana sang pungguk tidak datang menyeri
Kerana bukit dan gunung kian diratai
Kerana manusia membakar rimba sesuka hati
Kerana banyaknya mobil di sana sini
Kerana bahangnya terasa digigit mentari.

Siapakah yang mendengar kini
Tangisan bumi?

PANTUN BAHASA MELAYU

BERTUTURLAH DALAM BAHASAKU

Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.

Si dara ayu berbaju merah,
Kerongsong bertatah permata nilam,
Bahasa Melayu tercatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.

Cantiknya paras Puteri Salju,
Bersama nenda mencari lokan,
Jika negara ingin maju,
Bahasa ibunda jangan pinggirkan.

Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.

Pulau Sendayu di atas peta,
Hendak dituju bersama teman,
Bahasa Melayu bahasa kita,
Tetap gemilang zaman berzaman.

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelkatu di dalam paya,
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG

Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.

Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.

Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.

Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.

Tampak berbayang cahaya…

PANTUN AYUH MEMBACA

Imej
PANTUN MARI MEMBACA

Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.

Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka hiburan.

Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.

Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,

Soalan Ujian Sastera

UJIAN BULAN I
KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN EMPAT

NAMA : ................................................................................ MASA : 1 JAM
TINGKATAN : ...............................................................................

Arahan :

JAWAB SEMUA SOALAN DALAM KERTAS UJIAN INI

1. Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah. Petikan daripada Pantun Empat Kerat Nasihat

i. Huraikan empat gaya bahasa pantun di atas . (4m)
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................…

SINOPSIS JERIJI KASIH

Berikut ialah sinopsis Jeriji Kasih yang saya hasilkan sendiri bersama-sama dengan murid 4 Fatotah

SINOPSIS JERIJI KASIH

Bab 1

Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buah-buah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran mereka yang…