Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Tangisan Bumi

Imej
Tangisan Bumi Suatu waktu dahulu Tatkala aku pulang ke kampungku Berjumpa nendaku yang kurindu Sungai di situ indah berliku Anak-anak seluang, sepat dan haruan riang bermain di situ. Kini, nenda sudah tiada lagi Perginya mengahadap Ilahi Sungai yang indah berliku berubah kini Seluang, sepat dan haruan sudah tiada lagi Kerana sifat manusia mencemari bumi Flora dan fauna pun menangis sendiri. Tangisnya bumi, Bulan pun tidak berseri lagi Kerana sang pungguk tidak datang menyeri Kerana bukit dan gunung kian diratai Kerana manusia membakar rimba sesuka hati Kerana banyaknya mobil di sana sini Kerana bahangnya terasa digigit mentari. Siapakah yang mendengar kini Tangisan bumi?

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG Harum semerbak si bunga melur, Jadi hiasan taman larangan, Sejambak pantun mesra dihulur, Setulus ingatan mengimbau kenangan. Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah daku meratap pilu. Kicak kicau mendayu-dayu, Tumbuh berangan di hujung desa, Sebak di dada pilu di kalbu, Sejuta kenangan segunung jasa. Terbang melayang sianak kedidi, Tersenyum kenari berteman merpati, Bonda tersayang menabur budi, Kami di sini meraih bukti. Cantik tergubah bunga melati, Merimbun celagi di tengah belukar, Pandan Indah tempat berbakti, Melangkah pergi amatlah sukar. Mekar segar pohon dedalu, Dililit pula dedaun pepaku, Sepuluh tahun pantas berlalu, Kutahu hidupmu penuh berliku. Bunga cempaka menghias jemala, Tepian selasih mengharum kekwa, Suka duka kau himpun segala, Dalam bersedih engkau tertawa. Mekar memutih pohon pedada, Melambai puding di pinggir rawa, Alangkah sedih nasibmu bonda, Telunjuk dituding menusuk