Sabtu, 17 April 2010

PANTUN AYUH MEMBACA


PANTUN MARI MEMBACA

Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.

Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka hiburan.


Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.


Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

72 ulasan:

  1. Salam. Saya meminjam pantun cikgu untuk buku program bulan membaca di sekolah saya. Terima aksih cikgu.

    BalasPadam
  2. Silakan, cikgu gembira dapat berkongsi pantun ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..saya guna pantun cikgu utk program bulan pusat sumber..sngat menarik patun nie..terima kasih..

      Padam
  3. best la pantun nie cikgu

    BalasPadam
  4. salam,
    saya ambil beberapa pantun ni untuk jd mc
    program nilam,bole ye tq

    BalasPadam
  5. arikie94@yahoo.com12 Februari 2011 11:40 PTG

    hahaha.... nie lagi satu pantun yg sya guna untuk jd mc program NILAM...

    taburan kaca tepian sena,
    diapit peria tumbuh bidara,
    budaya membaca pastikan terjana,
    nak watan berjaya bangunkan negara.

    BalasPadam
  6. pantun yang dicipta mempunyai banyak nilai seni dan moral di sebaliknya. Saya ingin berpantun:
    Daun sirih dimamah nenek
    Merah menyala di keliling mulut
    Membaca buku jangan dikelek
    Jangan sampai jadi kemelut

    BalasPadam
  7. Pantun yang cukup terkesan di jiwa,
    Izinkan saya untuk meminjam beberapa rangkap pantun disini untuk Program Bulan Membaca di Sekolah kami..Terima Kasih

    BalasPadam
  8. shahid berpantun bersama anda.....

    Amalan membaca budaya mulia
    Ilmu bertambah amat berharga
    Hidup bahagia dengan membaca
    Jadikan membaca khazanah bangsa.

    BalasPadam
  9. Shahid berpantun lagi...

    Amalan membaca amalan mulia
    Dituntut agama dan juga bangsa
    Insan membaca banyak ilmunya
    Bekalan hidup sepanjang masa.

    BalasPadam
  10. assalam.....saya nak pinjam pantun ni untuk program membaca yang saya jalankan....izikan saya ya...




    hanis501@hotmail.com

    BalasPadam
  11. bagus..saya akan cube manfaatkan pantun ini dalam pesta pantun peringkat daerah pada 19 april ini..terima kasih.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. izinkan saya untuk menggunakan pantun ini sempena bulan membaca di sekolah.
    cikgu iza

    BalasPadam
  14. asyraf_penang@yahoo.com11 Julai 2011 10:36 PG

    assalam...sya ingin memetik pantun di sini sempena 5s di tempat kerja sya...izinkan sya memetik pantun2 di sini...terima kasih

    BalasPadam
  15. araf_penang@yahoo.com11 Julai 2011 10:39 PG

    ikan puyu berenang-renang
    anak kambing naik beca
    jikalau hati tidak tenang
    tenang kan hati dengan membaca

    BalasPadam
  16. assalamualaikum...minta izin guna pantun cikgu untuk pertandingan pantun murid tadika saya..terima kasih

    BalasPadam
  17. Saya nak pinjam 3 rangkap pantun ini..
    ....tq

    BalasPadam
  18. Saya ambil beberapa pantun cikgu sempena penutupan kem membaca di sekolah saya.....terima kasih.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum. Pantun yang sangat menarik. Saya mohon izin Cikgu Norainy untuk guna semula dan mungkin buat pindaan pada pantun ini sesuai dengan kemampuan anak didik saya. Harap cikgu beri keizinan.

    Terima kasih, cikgu.

    (Bujang Sigat)

    BalasPadam
  20. Salam cikgu.. izinkan saya menggunakan pantun ini untuk mengarang esei

    BalasPadam
  21. salam cikgu... saya mohon izin nak pinjam pantun ni untuk teks mc.

    BalasPadam
  22. Khutbah Terakhir Rasulullah (s.a.w) Haji Wida’
    Antara isi kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah (s.a.w) – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
    Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.
    Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…..

    Salam cg...saya letak Khutbah Haji Wida' Nabi (s.a.w) ini dalam blog cg.Cg ambillah dan letak di sekolah dan bahagi kepada rakan2 cikgu...

    BalasPadam
  23. sy pnjam pantun ckgu utk perhimpunan nilam.syukran jazilan

    BalasPadam
  24. Terima kasih..cg sya ambil pantun ni untuk mmbuat ujian lisan di sekolah sya..Harap cg izinkan ya...

    BalasPadam
  25. salam cikgu. izinkan sy guna pantun ni utk persembahan kt skolah. terima kasih.

    BalasPadam
  26. Assalammualaikum cikgu, pantun cikgu bagus bagus semuanya.Saya gubah pantun pantun cikgu ini unutk pertandingan di sekolah. Terima kasih..

    BalasPadam
  27. cikgu boleh pinjam pantun ini untuk rujukan pertandingan??

    BalasPadam
  28. terima kasih. saya sudah pun dapat nombor satu dalam pertandingan berpantun

    BalasPadam
  29. Salam, sy ingin meminjam pantun cikgu utk pelancaran prog membaca di sekolah sy. Tq!

    BalasPadam
  30. salam.cikgu bolehkah saya mengulas beberapa daripada pantun cikgu.Tq!

    BalasPadam
  31. bagusnya pantun ini

    BalasPadam
  32. cikgu saya minta izin untuk meminjam pantun cikgu untuk minggu bahasa di sekolah saya...terima kasih cikgu ..

    BalasPadam
  33. slm..saya pinjm pantun cikgu ni utk kem mmbca 1 malaysia..mohon halal ya

    BalasPadam
  34. SALAM CIKGU..SAYA PINJAM PANTUN INI YA JUGA UTK KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ESOK...CANTIK SGT2 PANTUNNYE...BOLEH BA KAN?

    BalasPadam
  35. assalamualaikum cikgu norainy...saya ingin mohon keizinan dan kebenaran daripada cikgu untuk menggunakan pantun ini dalam majlis pelancaran kempen banyak memebaca di sekolah saya...harap cikgu halalkan ilmu yang disampaikan di sini...insya-Allah saya akan manfaatkannya dengan sebaik mungkin...terima kasih...

    BalasPadam
  36. maaf cikgu...tersilap eja...pembetulan...membaca...bukan memebaca...terima kasih...

    BalasPadam
  37. Pantun yang disiarkan sangat menarik. Saya mohon keizinan untuk digunakan dalam pelancaran nilam .

    BalasPadam
  38. izinkan sy mnampal pantun2 ini di library sek sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, jangan lupa letak sumbernya ya..

      Padam
  39. Assalam..Pantun yang disiarkan sangat menarik. Saya mohon keizinan untuk digunakan dalam pelancaran nilam . Terima kasih

    BalasPadam
  40. Assalam. Minta izin ambik pantun. Utk pelancaran program nilam. TQ byk2...

    BalasPadam
  41. ASSALAMUALAIKUM SALAM DIBERI,
    BENARKAN SAYA MEMINTA IZIN
    MEMINJAM PANTUN YANG DIBERI
    SEMOGA DIBERI IZIN.

    p/s:akan digunakan di pesta pantun 2013

    BalasPadam
  42. Saya pinjam pantun ini untuk saya jadikan panduan sebagai emcee minggu nilam. Terima Kasih

    BalasPadam
  43. salam, mohon pinjam pantun ye cikgu, sebagai bahan rujukan =)-wahidah-

    BalasPadam
  44. sy mtk izin guna pantun2 yg ada kt ruangn ni ye..utk prsmian nilam d sek..syukran :)

    BalasPadam
  45. KALAU DALAM PERTANDINGAN INI JUAL KER BELI CIKGU NORAINI?

    BalasPadam
  46. pinjam pantun2 ni utk bulan membaca.. t/kasih... TQ for sharing :)

    BalasPadam
  47. Salam cikgu, saya pinjam pantun cikgu untuk bulan membaca.Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum cg =) saya ingin meminta izin utk mnggunakan pantun ini utk prsmbhn di skolah. Terima kasih =)

    BalasPadam
  49. terima kasih cikgu utk mengkongsi pantun

    BalasPadam
  50. Salam 1 M'sia Cikgu...sy minta izin utk menggunakan pantun ini utk program pss di sekolah. Terima kasih =)

    BalasPadam
  51. cikgu x ada pantun 2 kerat ke pasal membaca

    BalasPadam
  52. Salam cikgu, saya share pantun ni utk library saya... tqvm

    BalasPadam
  53. Salam. Saya minta izin untuk guna pantun cikgu sebagai rujukan dan dalam program di sekolah. T- kasih.

    BalasPadam
  54. Salam. Saya minta izin download gambar kucing ! comel sgt.

    BalasPadam
  55. Izinkan saya untuk meminjam beberapa rangkap pantun disini untuk dihiasi di Pusat Sumber Organisasi saya...TQ.

    BalasPadam
  56. Izinkan saya untuk meminjam beberapa rangkap pantun di sini untuk program nilam di sekolah saya...TQ

    BalasPadam
  57. Izinkan saya mengambil pantun cikgu untuk PSS saya..terima kasih! - cikgu mai..

    BalasPadam
  58. cikgu ni hebatlah dalam pantun ini

    BalasPadam
  59. Kinta pinjam pantun cikgu ni utk mggu nilam di sekmtq

    BalasPadam
  60. cikgu saye ade pinjam sikit pantun cikgu mase pertandingan pantun

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum.. Sy nak mohon gunakan pantun2 indah ini utk banner library sekolah sy ye.. Boleh ye.. Terima kasih

    BalasPadam
  62. Mohon saya gunakan pantun cikgu ya, terima kasih

    BalasPadam
  63. Assalamualaikum.. sy nak mohom gunakan pantun2 indah ini untuk bulan bahasa melayu sekolah sy ye.. Boleh ye.. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  64. assalamualaikum....saya nk minta izin ckgu utk gunakan pantun perasmian kem membaca 1 malaysia..terima kasih ckgu.

    BalasPadam
  65. assalamualaikum...mohon izin gunapakai pantun2 cikgu noraini.terima kasih cikgu! :-)

    BalasPadam