Sabtu, 17 April 2010

PANTUN BAHASA MELAYU

BERTUTURLAH DALAM BAHASAKU

Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.

Si dara ayu berbaju merah,
Kerongsong bertatah permata nilam,
Bahasa Melayu tercatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.

Cantiknya paras Puteri Salju,
Bersama nenda mencari lokan,
Jika negara ingin maju,
Bahasa ibunda jangan pinggirkan.

Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.

Pulau Sendayu di atas peta,
Hendak dituju bersama teman,
Bahasa Melayu bahasa kita,
Tetap gemilang zaman berzaman.

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelkatu di dalam paya,
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

11 ulasan:

  1. hebat sungguh orang yng mencipta pantun ini mementingkan bahasa negara malaysia

    BalasPadam
  2. Salam Cg Noraini. Terima kasih membantu saya untuk mendapatkan bahan (pantun) sempena Minggu Bahasa dan Nilam. Tahniah kerana rajin berkarya.

    BalasPadam
  3. hebat and good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon guna bahasa dengan betul. Terima kasih.

      Padam
  4. Balasan
    1. An excellent poem!

      Padam
    2. bijak memanton belum tentu bijak masak

      Padam
  5. wow...itu dia ..nang keba boom !!!

    BalasPadam
  6. saye suka itu

    BalasPadam