SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.
Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.
Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.
Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.
Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.
Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.
Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.
Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.
Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.
Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
Saya gunakan pantun ini persaraan pengetua saya, terima kasih banyak2!
BalasPadamSalam sejahtera,
BalasPadamMajlis persaaan Tuan Pengetua saya akan di adakan pada 26hb Novembe 2011. Sukacita saya maklumkan saya petik beberapa rangkap pantun yang indah ini untuk majlis tersebut. Mohon Halalkan. Terima kasih.
Pn Mas - Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka, Terengganu.
Salam.
BalasPadamSaya juga telah menggunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis persaraan 2 orang guru di sekolah saya. harap halalkan.
SALAM
BalasPadamBILA BACA TERUS SEBAK....
ALHAMDULILLAH DIKURNIA ALLAH KELEBIHAN MELUAH RASA
SAYA PUN NAK MINTA BEBERAPA RANGKAP SEBAB JADI MC SEMPENA PERSARAAN GURU SEKOLAH SAYA. MOHON HALALKAN.
TERIMA KASIH. SEMOGA TERUS BERKARYA
minta kebenaran ya.. terima kasih..
BalasPadammohon kebenaran jgk ye..terima kasih..sangat2 membantu :)
BalasPadamsaya juga beberapa rangjap pantun ini untuk persaraan guru sek saya. harap halalkan
BalasPadamSalam..saya mohon share beberapa rangkap pantun...
BalasPadamterima kasih..Allah sahaja yang mampu membalas...
Alhamdulillah, saya halalkan kerana Allah. Marilah menyemarakkan pantun dalam semua majlis di sekolah dan di mana-mana sahaja kerana pantun itu seni dalam bahasa ibunda kita.
BalasPadamsaya nak gunakan pantun ini untuk persaraan gpk 1 saya boleh ya
BalasPadamsaya mhon utk guna pantun ini dalam majlis persaraan staf.
BalasPadammintak halal yer..
mohon kebenaran untuk menggunakan bbrapa rankap pantun ini, banyak membantu sy utk masjlis persaraan Pk saya.
BalasPadamsaya minta serangkap pantun ya. ........... (membantu sangat ini. ) sekian terima kasih
BalasPadamSaya juga nak gunakan dalam ucapan saya pada majlis persaraan nanti.
BalasPadammintak copy skit ye..terima kasih
BalasPadammohon pinjam beberapa rangkap untuk majlis perpisahan guru saya
BalasPadambagus
BalasPadamermm,, nak guna untuk ulbs kami,, bnrkn la ye :)
BalasPadambtw, tengkiuu very much ! :))
sangat mmbantu,terima kasih....
BalasPadammohon guna...terima kasih
BalasPadam