PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU
SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.
Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.
Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.
Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.
Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.
Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.
Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.
Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.
Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.
Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.
Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.
Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.
Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.
Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.
Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.
Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.
Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.
Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.
Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
Saya gunakan pantun ini persaraan pengetua saya, terima kasih banyak2!
BalasPadamSalam sejahtera,
BalasPadamMajlis persaaan Tuan Pengetua saya akan di adakan pada 26hb Novembe 2011. Sukacita saya maklumkan saya petik beberapa rangkap pantun yang indah ini untuk majlis tersebut. Mohon Halalkan. Terima kasih.
Pn Mas - Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka, Terengganu.
Salam.
BalasPadamSaya juga telah menggunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis persaraan 2 orang guru di sekolah saya. harap halalkan.
SALAM
BalasPadamBILA BACA TERUS SEBAK....
ALHAMDULILLAH DIKURNIA ALLAH KELEBIHAN MELUAH RASA
SAYA PUN NAK MINTA BEBERAPA RANGKAP SEBAB JADI MC SEMPENA PERSARAAN GURU SEKOLAH SAYA. MOHON HALALKAN.
TERIMA KASIH. SEMOGA TERUS BERKARYA
minta kebenaran ya.. terima kasih..
BalasPadammohon kebenaran jgk ye..terima kasih..sangat2 membantu :)
BalasPadamsaya juga beberapa rangjap pantun ini untuk persaraan guru sek saya. harap halalkan
BalasPadamSalam..saya mohon share beberapa rangkap pantun...
BalasPadamterima kasih..Allah sahaja yang mampu membalas...
Alhamdulillah, saya halalkan kerana Allah. Marilah menyemarakkan pantun dalam semua majlis di sekolah dan di mana-mana sahaja kerana pantun itu seni dalam bahasa ibunda kita.
BalasPadamsaya nak gunakan pantun ini untuk persaraan gpk 1 saya boleh ya
BalasPadamsaya mhon utk guna pantun ini dalam majlis persaraan staf.
BalasPadammintak halal yer..
mohon kebenaran untuk menggunakan bbrapa rankap pantun ini, banyak membantu sy utk masjlis persaraan Pk saya.
BalasPadamsaya minta serangkap pantun ya. ........... (membantu sangat ini. ) sekian terima kasih
BalasPadamSaya juga nak gunakan dalam ucapan saya pada majlis persaraan nanti.
BalasPadammintak copy skit ye..terima kasih
BalasPadammohon pinjam beberapa rangkap untuk majlis perpisahan guru saya
BalasPadamermm,, nak guna untuk ulbs kami,, bnrkn la ye :)
BalasPadambtw, tengkiuu very much ! :))
sangat mmbantu,terima kasih....
BalasPadammohon guna...terima kasih
BalasPadamMohon guna. . Terima kasih
BalasPadamSaya mohon kebenaran untuk guna beberapa rangkap untuk Majlis Jasamu Dikenang ketua saya. Terbaik dan terima kasih banyak-banyak.
BalasPadamSaya mohon share beberapa rangkap pantun puan, utk majlis persaraan guru di sekolah saya, minta halalkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
BalasPadamsalam
BalasPadammohon share pantunnya & minta halal ya. terima kasih.
raihana
salam...
BalasPadamsaya nak minta izin guna beberapa rangkap pantun untuk majlis perpisahan guru sekolah saya. terima kasih.
salam...
BalasPadamSaya copy dan guna beberapa rangkap pantun ini untuk anak saya sempena persaraan gurunya. Mohon Cikgu halalkan. Terima kasih.
Saya suka pantun ni
BalasPadamPinjam pantun ye
BalasPadampinjam pantun ni (kalau boleh buat pantun pembuka bicara ok)
BalasPadamSAYA nak ambil beberapa rangkap..harap halalkan :)
BalasPadammohon share. t.q
BalasPadamSaya nak gunakan beberapa rangkap untuk majlis persaraan bos..mohon halalkan :)
BalasPadamMohon 'share' pantun-pantun puan untuk majlis persaraan GPK 1 sekolah saya.... mohon halalkn. Terima kasih
BalasPadamMohon izin untuk gunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis perpisahan.Terima kasih
BalasPadamMohon izin utk share. T.ksih
BalasPadamTq bebanyak..
BalasPadamTq bebanyak..
BalasPadamAssalamualaikum...saya mohon izin gunakan beberapa rangkap pantun ini untuk majlis persaraan pegawai daerah saya...mohon halalkan...terima kasih...
BalasPadamAs Salam. Saya dihalalkan atas petikan pantun tuan. TK
BalasPadamAssalam. indah sungguh pantun gubahan puan. izinkan saya untuk memetik beberapa rangkap dari pantun ini bagi majlis persaraan pegawai di tempat saya.
BalasPadamterima kasih
Cikgu saya mintak halal juga. Ambil yg berkenaan tu. Best sgt
BalasPadamMinta pantun.Halalkan
BalasPadamAssalamualaikum..izinkan saya menggunakan beberapa rangkap pantun indah ini sempena majlis persaraan pengetua di sekolah saya..mohon halalkan.. terima kasih banyak2 :-D
BalasPadamMOHON HALALKAN YE..SAYA GUNA PANTUN UNTUK MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SEK :-)
BalasPadamMohon halalkan ye guna pantun ni untuk persaraan pengetua saya tq
BalasPadamsaya mintak izin nak guna pantun ni ya..
BalasPadamsaya mohon share pantun ini...harap halalkan ye....t.kasih
BalasPadammohon gunakan pantun ini ya ..trm kasih
BalasPadamminta kebenaran cedok n copy
BalasPadamCedok boleh saja
PadamAssalamualaikum. Mohon guna beberapa rangkap pantuan Puan utk persaraan pengetua saya
BalasPadamAssalamualaikum. Mohon guna beberapa rangkap pantuan Puan utk persaraan pengetua saya
BalasPadamSaya suka semua pantun iniππππ
BalasPadammohon kebenaran untuk guna pantun ni... terima kasih
BalasPadamSaya nak minta izin menggunakan beberapa rangkap pantun ini untuk persaraan guru saya, tqvm.
BalasPadamSebak sungguh. Mohon guna untuk persaraan pegawai saya ye. Syukran
BalasPadamPantun 10 tahun lepas masih ada yang minat...silakan. Saya halalkan guna pantun ni untuk apa-apa tujuan. Sesiapa yang ingin saya cipta pantun boleh e-mel.
BalasPadamterima kasih puan, saya gunakan pantun ini untuk persaraan guru.
PadamPuan, saya gunakan untuk majlis persaraan KP saya. mohon halalkan ya
BalasPadamDah lama sangat pantun ni, ambillah kalau berkenan.
PadamHalalkan pantun tersebut
PadamMohon halalkan ..terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum sy mohon izin ya gunakan pantun ini moga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki
BalasPadamAssalamualaikum, sy minta izin gunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis di sekolah.. Semoga murah rezeki cikgu..
BalasPadam