PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG

Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.

Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.

Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.

Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.

Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.

Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.

Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.

Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.

Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.

Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.

Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Ulasan

  1. Saya gunakan pantun ini persaraan pengetua saya, terima kasih banyak2!

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera,
    Majlis persaaan Tuan Pengetua saya akan di adakan pada 26hb Novembe 2011. Sukacita saya maklumkan saya petik beberapa rangkap pantun yang indah ini untuk majlis tersebut. Mohon Halalkan. Terima kasih.
    Pn Mas - Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka, Terengganu.

    BalasPadam
  3. Salam.

    Saya juga telah menggunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis persaraan 2 orang guru di sekolah saya. harap halalkan.

    BalasPadam
  4. SALAM

    BILA BACA TERUS SEBAK....
    ALHAMDULILLAH DIKURNIA ALLAH KELEBIHAN MELUAH RASA
    SAYA PUN NAK MINTA BEBERAPA RANGKAP SEBAB JADI MC SEMPENA PERSARAAN GURU SEKOLAH SAYA. MOHON HALALKAN.
    TERIMA KASIH. SEMOGA TERUS BERKARYA

    BalasPadam
  5. minta kebenaran ya.. terima kasih..

    BalasPadam
  6. mohon kebenaran jgk ye..terima kasih..sangat2 membantu :)

    BalasPadam
  7. saya juga beberapa rangjap pantun ini untuk persaraan guru sek saya. harap halalkan

    BalasPadam
  8. Salam..saya mohon share beberapa rangkap pantun...
    terima kasih..Allah sahaja yang mampu membalas...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, saya halalkan kerana Allah. Marilah menyemarakkan pantun dalam semua majlis di sekolah dan di mana-mana sahaja kerana pantun itu seni dalam bahasa ibunda kita.

    BalasPadam
  10. saya nak gunakan pantun ini untuk persaraan gpk 1 saya boleh ya

    BalasPadam
  11. saya mhon utk guna pantun ini dalam majlis persaraan staf.
    mintak halal yer..

    BalasPadam
  12. mohon kebenaran untuk menggunakan bbrapa rankap pantun ini, banyak membantu sy utk masjlis persaraan Pk saya.

    BalasPadam
  13. saya minta serangkap pantun ya. ........... (membantu sangat ini. ) sekian terima kasih

    BalasPadam
  14. Saya juga nak gunakan dalam ucapan saya pada majlis persaraan nanti.

    BalasPadam
  15. mintak copy skit ye..terima kasih

    BalasPadam
  16. mohon pinjam beberapa rangkap untuk majlis perpisahan guru saya

    BalasPadam
  17. ermm,, nak guna untuk ulbs kami,, bnrkn la ye :)
    btw, tengkiuu very much ! :))

    BalasPadam
  18. sangat mmbantu,terima kasih....

    BalasPadam
  19. mohon guna...terima kasih

    BalasPadam
  20. Mohon guna. . Terima kasih

    BalasPadam
  21. Saya mohon kebenaran untuk guna beberapa rangkap untuk Majlis Jasamu Dikenang ketua saya. Terbaik dan terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  22. Saya mohon share beberapa rangkap pantun puan, utk majlis persaraan guru di sekolah saya, minta halalkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

    BalasPadam
  23. salam

    mohon share pantunnya & minta halal ya. terima kasih.

    raihana

    BalasPadam
  24. salam...
    saya nak minta izin guna beberapa rangkap pantun untuk majlis perpisahan guru sekolah saya. terima kasih.

    BalasPadam
  25. salam...
    Saya copy dan guna beberapa rangkap pantun ini untuk anak saya sempena persaraan gurunya. Mohon Cikgu halalkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  26. Saya suka pantun ni

    BalasPadam
  27. Pinjam pantun ye

    BalasPadam
  28. pinjam pantun ni (kalau boleh buat pantun pembuka bicara ok)

    BalasPadam
  29. SAYA nak ambil beberapa rangkap..harap halalkan :)

    BalasPadam
  30. mohon share. t.q

    BalasPadam
  31. Saya nak gunakan beberapa rangkap untuk majlis persaraan bos..mohon halalkan :)

    BalasPadam
  32. Mohon 'share' pantun-pantun puan untuk majlis persaraan GPK 1 sekolah saya.... mohon halalkn. Terima kasih

    BalasPadam
  33. Mohon izin untuk gunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis perpisahan.Terima kasih

    BalasPadam
  34. Mohon izin utk share. T.ksih

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum...saya mohon izin gunakan beberapa rangkap pantun ini untuk majlis persaraan pegawai daerah saya...mohon halalkan...terima kasih...

    BalasPadam
  36. As Salam. Saya dihalalkan atas petikan pantun tuan. TK

    BalasPadam
  37. Assalam. indah sungguh pantun gubahan puan. izinkan saya untuk memetik beberapa rangkap dari pantun ini bagi majlis persaraan pegawai di tempat saya.

    terima kasih

    BalasPadam
  38. Cikgu saya mintak halal juga. Ambil yg berkenaan tu. Best sgt

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum..izinkan saya menggunakan beberapa rangkap pantun indah ini sempena majlis persaraan pengetua di sekolah saya..mohon halalkan.. terima kasih banyak2 :-D

    BalasPadam
  40. MOHON HALALKAN YE..SAYA GUNA PANTUN UNTUK MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SEK :-)

    BalasPadam
  41. Mohon halalkan ye guna pantun ni untuk persaraan pengetua saya tq

    BalasPadam
  42. saya mintak izin nak guna pantun ni ya..

    BalasPadam
  43. saya mohon share pantun ini...harap halalkan ye....t.kasih

    BalasPadam
  44. mohon gunakan pantun ini ya ..trm kasih

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum. Mohon guna beberapa rangkap pantuan Puan utk persaraan pengetua saya

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum. Mohon guna beberapa rangkap pantuan Puan utk persaraan pengetua saya

    BalasPadam
  47. Saya suka semua pantun iniπŸ˜πŸ˜πŸ˜€πŸ˜€

    BalasPadam
  48. mohon kebenaran untuk guna pantun ni... terima kasih

    BalasPadam
  49. Saya nak minta izin menggunakan beberapa rangkap pantun ini untuk persaraan guru saya, tqvm.

    BalasPadam
  50. Sebak sungguh. Mohon guna untuk persaraan pegawai saya ye. Syukran

    BalasPadam
  51. Pantun 10 tahun lepas masih ada yang minat...silakan. Saya halalkan guna pantun ni untuk apa-apa tujuan. Sesiapa yang ingin saya cipta pantun boleh e-mel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih puan, saya gunakan pantun ini untuk persaraan guru.

      Padam
  52. Puan, saya gunakan untuk majlis persaraan KP saya. mohon halalkan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama sangat pantun ni, ambillah kalau berkenan.

      Padam
    2. Halalkan pantun tersebut

      Padam
  53. Mohon halalkan ..terima kasih

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum sy mohon izin ya gunakan pantun ini moga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum, sy minta izin gunakan beberapa rangkap pantun untuk majlis di sekolah.. Semoga murah rezeki cikgu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON