Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Salam Perpsahan Buat Seorang Kakanda

16 Mei berlalu begitu sahaja di sekolahku. Tiada sebarang majlis bagi menghargai jasa pendidik seperti kami, melainkan bacaan perutusan selamat hari guru yang lazimnya di baca di semua sekolah. Walaupun tanpa majlis rasmi , terusik juga hati ini tatkala masuk ke kelas 5A untuk menjalankan proses pengajaran dan pemelajaran kerana bangkitnya ketua kelas itu, Shazli yang mengucapkan Selamat Hari Guru sekali gus seluruh kelas mengucapkannya. Itulah sahaja Hari Guru buatku kerana pihak sekolah mengambil keputusan untuk mengadakannya pada 21 Jun nanti sempena persaraan seorang guru yang amat komited terhadap taman sains. Aku dipinta menghasilkan sebuah sajak khusus untuknya. Mudah sahaja dan kukira sesiapa pun mampu mengerti. EULOGI BUAT SEORANG GURU (Khusus buat Pn. Sharifah Noraini) Seandainya mampu kuhentikan waktu Tak akan kubiarkan waktu ini berlalu Kerana di sini bermukim rindu Dari setiap pepenjuru matamu. Seandainya bisa kuutuskan warkah Akan kupahat seribu lembaran sejarah Kerana k

Bulan Bahasa yang meriah

Bulan April berlalu dengan penuh gemilang. SMK Cheras Jaya berjaya menjalankan banyak aktiviti sempena Bulan Bahasa yang memilih tema 'Bahasa Luhur Masyarakat Tersohor'. Dalam majlis pembukaan, persembahan pelajar yang amat menarik hasil kerjasama pelajar Pendidikan Khas dan murid-murid Kelas Rancangan Khas. Persembahan ini membawa mesej bahawa semua anggota masyarakat perlu menggunakan bahasa dengan penuh kesopanan dan kesantunan. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Bahas Ala Parlimen, Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menulis cerpen, esei antara kelab, menghasilkan buku skrap, tutur berirama, pertandingan mengeja dengan betul, dan menghasilkan pantun. Pada majlis penutupan, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Persatuan Penulis Selangor yang turuut mendeklamasikan sajak yang berjaya menarik perhatian para pelajar. Sebagai salah seorang tenaga penting dalam menjayakan program ini, saya merasa sungguh berbangga dan bersyukur kerana segala susah payah s

Sehari Bersama-sama Sasterawan Negara

Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Rithwan telah diraikan oleh Persatuan Penulis Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Menurut beliau, majlis sedemikian jarang-jarang dilakukan lebih-lebih lagi apabila kedatangannya ke SMAP Kajang telah diringi paluan kompang dan solawat