Bulan Bahasa yang meriah

Bulan April berlalu dengan penuh gemilang. SMK Cheras Jaya berjaya menjalankan banyak aktiviti sempena Bulan Bahasa yang memilih tema 'Bahasa Luhur Masyarakat Tersohor'.
Dalam majlis pembukaan, persembahan pelajar yang amat menarik hasil kerjasama pelajar Pendidikan Khas dan murid-murid Kelas Rancangan Khas. Persembahan ini membawa mesej bahawa semua anggota masyarakat perlu menggunakan bahasa dengan penuh kesopanan dan kesantunan. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Bahas Ala Parlimen, Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menulis cerpen, esei antara kelab, menghasilkan buku skrap, tutur berirama, pertandingan mengeja dengan betul, dan menghasilkan pantun.

Pada majlis penutupan, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Persatuan Penulis Selangor yang turuut mendeklamasikan sajak yang berjaya menarik perhatian para pelajar. Sebagai salah seorang tenaga penting dalam menjayakan program ini, saya merasa sungguh berbangga dan bersyukur kerana segala susah payah selama ini membuahkan kejayaan. Sekalung tahniah kepada anak-anak didikan saya dari kelas 5 A kerana menjadi johan bahas
ala parlimen antara tingkatan. Sekalung tahniah kepada semua pemenang pertandingan menulis cerpen kerana semua pemenang itu anak didik saya dari kelas 3 KRK yang amat membanggakan saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON