Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Kenangan Bersama Pelajar Sastera

Imej
5 Disember 2011, tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu peperiksaan SPM kertas Kesusasteraan Melayu akan berlangsung. Berbekalkan semangat dan harapan yang tidak kunjung padam, murid-murid ini akan menghadapi kertas yang semakin kurang bilangan calonnya. Doa dan harapan saya agar kumpulan pelajar ini akan melakukan yang terbaik dan memberikan keputusan yang cemerlang.

Merentas Desa 2011

Imej
Wajah teman-temanku yang ceria bersedia untuk memulakan tugas. Ada yang menjadi pelepas, pencatat markah, penjaga check point dan menjaga rumah masing-masing. Aku pula hanya duduk berseorangan di atas pentas astaka menunggu masa berlalu. Kalau bawa novel mesti tak buang masa begitu sahaja.



Sekali lagi, sekolahku mengadakan Merentas Desa di Wetland, Putrajaya. Buat kali pertamanya aku ditugaskan menjadi pengacara majlis. Lantaran kesibukan untuk persiapan Mesyuarat Agung PIBG, aku kurang bersedia, namun kugagahi juga berbekalkan pengalaman lalu. Sebelum ke Wetland, aku 'mencuri' dua orang pengawas untuk dijadikan penunjuk arah ke Wetland. Kami membontoti bas sahaja. Mudah?


Wajah murid-murid perempuan yang manis sebelum dilepaskan.






Posing dahulu sementara menunggu pelajar berlari.. Sebelum memulakan majlis, acara senam robik diadakan bagi meregangkan otot. Peserta larian terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan kelas 1, 2, 3 dan Pendidikan Khas. Selepas semua peser…

Interlok

Aku amat teruja untuk memulakan pengajaran novel Interlok bagi murid-murid kelas 5 Ehsan. Hari ini, aku sudah mula mengajar bab tiga iaitu tentang keluarga Maniam. Nampaknya hampir semua pelajar belum membaca buku ini walaupun diarahkan berkali-kali. Tidak apa, aku memulakan dengan induksi set. Bab ini mengisahkan Maniam yang berasal dari India bersama-sama 120 orang India yang lain memulakan perjalanannya ke Tanah Melayu untuk mengubah nasibnya yang miskin. Isterinya Andika terpaksa ditinggalkan dengan janji-janji untuk mengirim wang agar kehidupan mereka sekeluarga lebih selesa. Tiba di Pulau Pinang, Maniam bekerja sebagai kuli. Tidak lama kemudian, Raman datang membawa khabar buruk yang menyatakan Andika telah mengikut Pillay. Maniam amat kecewa lantas membawa diri ke seberang. Dia sampai ke Changkat Terus dan bekerja di ladang. Perumal menjodohkannya dengan Malini dan mereka hidup bahagia. Konflik bermula dengan kedatangan Suppiah yang menabur fitnah bahawa Maniam telah …