Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Interlok

Aku amat teruja untuk memulakan pengajaran novel Interlok bagi murid-murid kelas 5 Ehsan. Hari ini, aku sudah mula mengajar bab tiga iaitu tentang keluarga Maniam. Nampaknya hampir semua pelajar belum membaca buku ini walaupun diarahkan berkali-kali. Tidak apa, aku memulakan dengan induksi set. Bab ini mengisahkan Maniam yang berasal dari India bersama-sama 120 orang India yang lain memulakan perjalanannya ke Tanah Melayu untuk mengubah nasibnya yang miskin. Isterinya Andika terpaksa ditinggalkan dengan janji-janji untuk mengirim wang agar kehidupan mereka sekeluarga lebih selesa. Tiba di Pulau Pinang, Maniam bekerja sebagai kuli. Tidak lama kemudian, Raman datang membawa khabar buruk yang menyatakan Andika telah mengikut Pillay. Maniam amat kecewa lantas membawa diri ke seberang. Dia sampai ke Changkat Terus dan bekerja di ladang. Perumal menjodohkannya dengan Malini dan mereka hidup bahagia. Konflik bermula dengan kedatangan Suppiah yang menabur fitnah bahawa Maniam telah …