Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Merentas Desa 2011

Imej
Wajah teman-temanku yang ceria bersedia untuk memulakan tugas. Ada yang menjadi pelepas, pencatat markah, penjaga check point dan menjaga rumah masing-masing. Aku pula hanya duduk berseorangan di atas pentas astaka menunggu masa berlalu. Kalau bawa novel mesti tak buang masa begitu sahaja.



Sekali lagi, sekolahku mengadakan Merentas Desa di Wetland, Putrajaya. Buat kali pertamanya aku ditugaskan menjadi pengacara majlis. Lantaran kesibukan untuk persiapan Mesyuarat Agung PIBG, aku kurang bersedia, namun kugagahi juga berbekalkan pengalaman lalu. Sebelum ke Wetland, aku 'mencuri' dua orang pengawas untuk dijadikan penunjuk arah ke Wetland. Kami membontoti bas sahaja. Mudah?


Wajah murid-murid perempuan yang manis sebelum dilepaskan.






Posing dahulu sementara menunggu pelajar berlari.. Sebelum memulakan majlis, acara senam robik diadakan bagi meregangkan otot. Peserta larian terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan kelas 1, 2, 3 dan Pendidikan Khas. Selepas semua peser…