Merentas Desa 2011


Wajah teman-temanku yang ceria bersedia untuk memulakan tugas. Ada yang menjadi pelepas, pencatat markah, penjaga check point dan menjaga rumah masing-masing. Aku pula hanya duduk berseorangan di atas pentas astaka menunggu masa berlalu. Kalau bawa novel mesti tak buang masa begitu sahaja.



Sekali lagi, sekolahku mengadakan Merentas Desa di Wetland, Putrajaya. Buat kali pertamanya aku ditugaskan menjadi pengacara majlis. Lantaran kesibukan untuk persiapan Mesyuarat Agung PIBG, aku kurang bersedia, namun kugagahi juga berbekalkan pengalaman lalu. Sebelum ke Wetland, aku 'mencuri' dua orang pengawas untuk dijadikan penunjuk arah ke Wetland. Kami membontoti bas sahaja. Mudah?



Wajah murid-murid perempuan yang manis sebelum dilepaskan.






Posing dahulu sementara menunggu pelajar berlari..
Sebelum memulakan majlis, acara senam robik diadakan bagi meregangkan otot. Peserta larian terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan kelas 1, 2, 3 dan Pendidikan Khas. Selepas semua peserta dilepaskan barulah aku mencari makanan dan minuman serta berborak dengan teman di bawah.


Pelajar-pelajar lelaki bersemangat sebelum dilepaskan oleh pelepas. Tak sampai berapa minit sudah layu...






Tidak banyak gambar yang dapat diambil. Gambar yang ada ini merupakan ihsan muridku. Menurut salah seorang ibu bapa, acara larian di Wetland ini amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak pernah ke sana. Bagiku, tempat ini lebih selamat, nyaman dan selesa.






Menunggu giliran untuk berlari



Semasa pengumuman keputusan dibuat, malangnya gangguan teknikal berlaku. Suaraku tinggal separuh. Rumah yang menjadi juara ialah Jen.... Keesokannya, inilah yang menjadi gurauan teman-teman. Serik rasanya menjadi juruacara tatkala mikrofon tidak berfungsi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON