Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Bersama-sama pelajar kesayangan

Imej
Tahun 2012, ditugaskan mengajar murid 5F yang boleh dikatakan hampir semuanya mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Setelah dua tahun bersama-sama mereka, hatiku berasa amat bahagia dan gembira. Perubahan sikap terhadap mata pelajaran sastera jelas kelihatan. Semakin hari, semakin mereka sedar akan kelebihan mempelajari Kesusasteraan Melayu. Kepada mereka, aku menyandarkan harapan agar mereka ini akan meningkatkan martabat seni dan kesusasteraan Melayu. Semoga berjaya dalam SPM kelak dan terus berjaya pada masa yang akan datang. Selesai program teknik menjawab Kesusasteraan Melayu yang diadakan di Bilik APD, SMK Cheras Jaya.

Graduasi SMK Cheras Jaya

Imej
Hari Graduasi - pentingkah hari graduasi diadakan di sekolah bagi meraikan pelajar-pelajar calon SPM? Persoalan ini sentiasa bermain di benakku. Memandangkan hari graduasi kini sudah menjadi agenda sekolah, bebanan guru pun bertambah. Aku pernah menjadi Setiausaha Kurikulum dan menguruskan hari graduasi di sekolahku. Pada awal tahun tempahan tempat perlu dilakukan bersama-sama dengan wang pendahuluan. Sekarang ini, dewan-dewan yang canggih manggih menjadi pilihan bagi sekolah yang tak berdewan. Disusuli dengan kertas kerja dan mesyuarat AJK. Surat kepada tetamu VIP dan cadangan teks ucapan ialah perkara yang wajib dilakukan. Tahun 2011, sekolah kami memilih Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras. Hmm..memang mudah berurusan dengan kakitangan di sana lebih-lebih lagi maktab ini diterajui oleh jiranku sendiri. Sebagai guru tingkatan lima merasalah aku mengiringi pelajar yang bergraduat berarak masuk ke pentas. Teringat kenangan bergraduat dua kali di UPM, sekali semasa mendapat sarjana

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

TEKS UCAPAN MINGGU KEMANUSIAAN SMK CHERAS JAYA TAHUN 2012 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih puan pengerusi majlis, Yang berusaha, Puan Sofia Nor Binti Molhit                         -           Penolong Kanan SMK Cheras Jaya En. Othman Bin Omar                                  -           PK (Hal Ehwal Murid) Puan Anita Mazlina Bt. Azman Arash         -           PK (Kokurikulum) En. Azhari Bin Mohd Yusop                         -           PK (Pend. Khas) Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran          Guru-guru Cemerlang, Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya maka kita dapat bernafas dan menghirup udara segar pada pagi yang mulia ini. Jika minggu yang lalu kita sama-sama menyaksikan pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional dan penutupan Minggu Bahasa, maka pada pagi ini Bidang Kemanusiaan pula mengamb

Kumpulan Dikir Barat SMK Cheras Jaya

Imej
Semasa nak memulakan persembahan dikir barat. Gambar ni diambil selepas persembahan. Mereka kena cepat-cepat bersiap dan tukar baju kerana ada yang akan menerima hadiah dalam acara berikutnya. Beratur sebelum naik pentas Tahun ini kumpulan dikir barat kembali ditubuhkan dengan sedikit penambahbaikan. Seni ini jika tidak dibangkitkan kembali maka akan pupuslah dalam arus pemodenan dunia. Alhamdulillah, kumpulan ini selesai membuat persembahan pertama mereka yang cukup bertenaga pada 31 Mac tempoh hari dalam Hari Anugerah Cemerlang SMK Cheras Jaya.

MBMMBI

Imej
Apabila dasar MBMMBI diperkenalkan, aku terfikir sejenak bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu memang sudah sekian lama dilaksanakan. Cuma, ada yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ada yang sambil lewa sahaja. Banyak sekali aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan martabat bahasa kebangsaan. Satu aktiviti yang boleh melibatkan lebih ramai pelajar ialah nyanyian puisi tradisional. Lebih menarik jika menggunakan bantuan alat muzik. Aktiviti forum sebegini amat mencabar dan menyeronokkan. Pelajar boleh berbincang tentang sesuatu isu sama ada secara spontan atau melihat teks. Pelajar yang ketiga ini tidak menggunakan teks dalam persembahannya. Sekali-sekala pelajar beraksi juga mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Adaptasi novel boleh dilakukan dalam pengajaran KOMSAS. Berikan saja tajuk dan serahkan kepada pelajar untuk mengupasnya dalam kumpulan. Menarik bukan? Saya percaya pengajaran Bahasa Melayu paling digemari oleh pelaja