Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

MBMMBI

Imej
Apabila dasar MBMMBI diperkenalkan, aku terfikir sejenak bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu memang sudah sekian lama dilaksanakan. Cuma, ada yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ada yang sambil lewa sahaja. Banyak sekali aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan martabat bahasa kebangsaan. Satu aktiviti yang boleh melibatkan lebih ramai pelajar ialah nyanyian puisi tradisional. Lebih menarik jika menggunakan bantuan alat muzik. Aktiviti forum sebegini amat mencabar dan menyeronokkan. Pelajar boleh berbincang tentang sesuatu isu sama ada secara spontan atau melihat teks. Pelajar yang ketiga ini tidak menggunakan teks dalam persembahannya. Sekali-sekala pelajar beraksi juga mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Adaptasi novel boleh dilakukan dalam pengajaran KOMSAS. Berikan saja tajuk dan serahkan kepada pelajar untuk mengupasnya dalam kumpulan. Menarik bukan? Saya percaya pengajaran Bahasa Melayu paling digemari oleh pelaja