MBMMBI

Apabila dasar MBMMBI diperkenalkan, aku terfikir sejenak bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu memang sudah sekian lama dilaksanakan. Cuma, ada yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ada yang sambil lewa sahaja. Banyak sekali aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan martabat bahasa kebangsaan. Satu aktiviti yang boleh melibatkan lebih ramai pelajar ialah nyanyian puisi tradisional. Lebih menarik jika menggunakan bantuan alat muzik.


Aktiviti forum sebegini amat mencabar dan menyeronokkan. Pelajar boleh berbincang tentang sesuatu isu sama ada secara spontan atau melihat teks. Pelajar yang ketiga ini tidak menggunakan teks dalam persembahannya.
Sekali-sekala pelajar beraksi juga mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Adaptasi novel boleh dilakukan dalam pengajaran KOMSAS.
Berikan saja tajuk dan serahkan kepada pelajar untuk mengupasnya dalam kumpulan. Menarik bukan?

Saya percaya pengajaran Bahasa Melayu paling digemari oleh pelajar-pelajar dan mereka ternanti-nanti aktiviti yang lebih menarik. Majulah bahasa untuk negara.

Ulasan

  1. Pn Noraini, syabas kerana berjuang untuk bahasa Melayu. Inilah nampaknya satu satu yang kita masih ada untuk dipertahankan.
    Yang pelik dan hairan bangsa Melayu sendiri tidak bijak dan mempersendakan maruah bahasa bangsa mereka. Mengubah drp bhasa Mel. Kpd b. Inggeris sepantas kilat, tak kisahpun perasaan hati hati orang Melayu, tetapi nak mengembalikan kpd b. melayu, banyak pula memikirkan gurisan hati hati yg cintakan b. inggeris dan mengambil masa bertahun tahun untuk menyempurnakannya.
    Malang hidup Melayu kalau masih tak sedar dan tiada jati diri. Muga Allah memberi jalan terbaik utk anak anak generasi akan datang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas sokongan puan, saya gembira diberi tanggungjawab mengajar kelas bertuah ini termasuk yang 'amat bertuah' itu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON