Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Pantun Kanak-kanak

Pantun Agama – Kanak-kanak
Anak katak terlompat-lompat, Terlompat-lompat di tepi paya, Janganlah kita suka mengumpat, Kelak hilang semua pahala.
Enak rasanya ikan gelama, Jika dimasak secukup rasa, Solat itu tiang agama, Perlu dijaga setiap masa.
Lemak kubis santan kelapa, Ikan haruan dimasak cuka, Taatlah kepada ibu dan bapa, Jangan menjadi anak derhaka.
Pohon sena tumbuh menjulang, Pandan semerbak tepian mempelas, Bila Ramadhan mulai menjelang, Puasalah dengan hati yang ikhlas.
Pak tani membeli baja, Baja ditabur di sawah padi, Hidup ini sementara sahaja, Akhirat di sana kekal abadi.

Skema Jawaban Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 KESUSASTERAAN MELAYU (2215)

Bahagian Satu   [40 markah]
No Jawapan Markah 1 a)Seloka Pak Pandir       1
b)Anafora,         Asalkan kaya        - baris ke 2, 3,4 dan 5                                                         Asalkan berkilat                         Asalkan buntat  Responsi, pengulangan tengah baris                                                                           Itulah              Itulah  Inversi,  menyesal diri sendiri           1
1
1 2 -Sultan Abdullah menduduki mahligai kepunyaan Puteri Saadung bersama-sama isteri barunya.     -Sultan Abdullah tidak setia kerana sanggup berkahwin dengan perempuan lain