Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Graduasi SMK Cheras Jaya

Imej
Hari Graduasi - pentingkah hari graduasi diadakan di sekolah bagi meraikan pelajar-pelajar calon SPM? Persoalan ini sentiasa bermain di benakku. Memandangkan hari graduasi kini sudah menjadi agenda sekolah, bebanan guru pun bertambah. Aku pernah menjadi Setiausaha Kurikulum dan menguruskan hari graduasi di sekolahku. Pada awal tahun tempahan tempat perlu dilakukan bersama-sama dengan wang pendahuluan. Sekarang ini, dewan-dewan yang canggih manggih menjadi pilihan bagi sekolah yang tak berdewan. Disusuli dengan kertas kerja dan mesyuarat AJK. Surat kepada tetamu VIP dan cadangan teks ucapan ialah perkara yang wajib dilakukan.

Tahun 2011, sekolah kami memilih Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras. Hmm..memang mudah berurusan dengan kakitangan di sana lebih-lebih lagi maktab ini diterajui oleh jiranku sendiri. Sebagai guru tingkatan lima merasalah aku mengiringi pelajar yang bergraduat berarak masuk ke pentas. Teringat kenangan bergraduat dua kali di UPM, sekali semasa mendapat sarjana …