Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Peperiksaan Percubaan Kesusasteraan Melayu SMK Cheras Jaya

Imej
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2013

1.             Kami tak mahu keadaan begini,             Azab sengsara di abad ini.
            Kami kehausan kami kelaparan,             Di medan perang mayat berkaparan.
            Mengapalah perang selalu meletus,             Suara kedamaian sering diutus.
            (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a)Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                  (2  markah ) b)Berikan dua ciri bentuk puisi di atas.                                                                     (2  markah )
      2.               Maka Caya Langkara pun pergilah mengambil daun kembang kuma-kuma itu, baru sehelai diambil                         oleh Caya Langkara maka ditolaknya oleh Muqaddam dan Muqaddim maka Caya Langkara                         pun jatuh ke dalam laut. Maka Caya Langkara pun bergantung pada daun kembang kuma-kuma.                              dibawa…

Sinopsis Hikayat Indera Nata

SINOPSIS
Raja Rom, Indera Jenaka, dayang-dayang, dan Si Batu Kembar telah terperangkap di dalam api. Si Batu Kembarlantas menjerit meminta tolong. Dia marah kepada Piatu kerana menipunya dengan mengatakan api itu tidak panas. Lama-kelamaan semuanya terkorban. Indera Nata dan puteri ketujuh amat gembira kerana mereka terbunuh. Ia juga akan memperoleh harta rampasan dan rakyat. Selama ini dia dianiaya oleh mereka. Tuan Puteri Cenderawati tunduk merindukan baginda dan menyatakan bahawa Raja Rom itu ialah ayahanda Indera Nata. Tuan Puteri pun menceritakansegala-galanya. Bermula daripada dia dan suaminya belayar ke Pulau Pelenggam Cahaya untuk mencari buah-buahan dan bunga-bungaan. Malangnya Si Batu Kembar telah merampasnya dan dibuang ke dalam laut. Dia diselamatkan oleh Betara Gangga lalu diberi batu sakti. Kemudian Tuan Puteri tinggal di negeri Rom.
Indera Nata berasa menyesal setelah mendengar cerita ibunya. Namun begitu, dia tidak berupaya menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia. …