Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Sinopsis Hikayat Indera Nata

SINOPSIS
Raja Rom, Indera Jenaka, dayang-dayang, dan Si Batu Kembar telah terperangkap di dalam api. Si Batu Kembarlantas menjerit meminta tolong. Dia marah kepada Piatu kerana menipunya dengan mengatakan api itu tidak panas. Lama-kelamaan semuanya terkorban. Indera Nata dan puteri ketujuh amat gembira kerana mereka terbunuh. Ia juga akan memperoleh harta rampasan dan rakyat. Selama ini dia dianiaya oleh mereka. Tuan Puteri Cenderawati tunduk merindukan baginda dan menyatakan bahawa Raja Rom itu ialah ayahanda Indera Nata. Tuan Puteri pun menceritakansegala-galanya. Bermula daripada dia dan suaminya belayar ke Pulau Pelenggam Cahaya untuk mencari buah-buahan dan bunga-bungaan. Malangnya Si Batu Kembar telah merampasnya dan dibuang ke dalam laut. Dia diselamatkan oleh Betara Gangga lalu diberi batu sakti. Kemudian Tuan Puteri tinggal di negeri Rom.
Indera Nata berasa menyesal setelah mendengar cerita ibunya. Namun begitu, dia tidak berupaya menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia. …