Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Guru Muda

Imej
Tahun 2016 aku menerima tugasan sebagai penyelaras Guru Muda buat kali kedua selepas kejayaan menjadi penyelaras tahun 2015. Nak dikatakan Berjaya pun aku kurang pasti, namun impaknya ada.
Inilah kumpulan Guru Muda sesi petang yang baru selesai diberi kursus. Semua maklumat telah diterangkan dan latihan diberi. Mungkin masih setahun jagung, Guru Muda tahun 2015 kurang memainkan peranannya kecuali beberapa orang murid yang sangat komited dan benar-benar faham tugas mereka.
Yang ini pula Guru Muda sesi pagi. Walaupun kurang berjaya seratus peratus, namun impaknya jelas melalui penampilan beberapa orang Guru Muda yang berkaliber, berkebolehan dan sangat banyak membantu semasa ketiadaan guru di kelas. Aku berbangga diberi tugasan yang mampu dilakukan dengan kudrat yang ada.
Tahun 2016, lencana baru ditempah melalui Internet kutemui Studio Akamika. Khidmatnya cepat dan pantas. Butang ini menggunakan hasil lukisan adikku Shikin yang kreatif orangnya.


Inilah rupa logo Guru Muda yang diilhamk…

Selamat Datang Tahun 2016

Assalamualaikum semua pembaca blog ini.

Tahun 2016 hadir menyapa kita, bersyukurlah kita kerana diizinkan untuk terus bernafas. Hari ini aku ingin bercerita tentang pengorbanan menghadapi kelas abad 21. Ya, kajian mendapati Negara kita banyak ketinggalan dari segi pendidikan sehingga dikatakan sistem pendidikan kita berada pada tahap ke belakang. Lalu, lahirlah konsep Kelas Abad-21.

Sebagai majikan, pengetua pun bertanggungjawab untuk menerangkan konsep pembelajaran abad ke 21 dan melantik guru penyelaras untuk mempraktikkan konsep ini di sekolah. Dengan peruntukan yang sedikit, kami cuba membina sebuah kelas Abad ke-21. Susun atur kelas diubah, LCD dipasang secara kekal. Kelas dipasang gril untuk mengelakkan kecurian. Lantas kelas yang bertuah itu diajar dengan penuh kelengkapan serba serbi.

Kelas yang tidak terpilih langsung tidak berkecil hati. Apa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Tahun ini lebih banyak banyak kelas cuba membudayakan ciri-ciri kelas Abad ke-21. Sebagai guru yang t…