Guru Muda

Tahun 2016 aku menerima tugasan sebagai penyelaras Guru Muda buat kali kedua selepas kejayaan menjadi penyelaras tahun 2015. Nak dikatakan Berjaya pun aku kurang pasti, namun impaknya ada.
Inilah kumpulan Guru Muda sesi petang yang baru selesai diberi kursus. Semua maklumat telah diterangkan dan latihan diberi. Mungkin masih setahun jagung, Guru Muda tahun 2015 kurang memainkan peranannya kecuali beberapa orang murid yang sangat komited dan benar-benar faham tugas mereka.
Yang ini pula Guru Muda sesi pagi. Walaupun kurang berjaya seratus peratus, namun impaknya jelas melalui penampilan beberapa orang Guru Muda yang berkaliber, berkebolehan dan sangat banyak membantu semasa ketiadaan guru di kelas. Aku berbangga diberi tugasan yang mampu dilakukan dengan kudrat yang ada.

Tahun 2016, lencana baru ditempah melalui Internet kutemui Studio Akamika. Khidmatnya cepat dan pantas. Butang ini menggunakan hasil lukisan adikku Shikin yang kreatif orangnya.



Inilah rupa logo Guru Muda yang diilhamkan oleh adikku tanpa mengenakan bayaran sesen pun. Logo ini masih diguna pakai pada tahun ini. Tahun ini, pada peringkat permulaannya sambutan amat menggalakkan. Kami baharu sahaja selesai menjalankan kursus Guru Muda yang baharu. Walaupun menghadapi masalah tempat, namun kursus diteruskan. Walaupun keletihan, aku amat berpuas hati dengan team Big Ideas Consultancy yang diterajui oleh bekas murid sekolahku yang kembali berbakti dengan bayaran yang amat minimum. Kumpulan ini benar-benar mematuhi kehendakku dan konsep yang diperlukan sebelum menjalankan tugas. Selamat menjalankan tugas wahai Guru Muda sekolahku! Syabas, anda sememangnya layak menjadi Guru Muda.

Kusyuknya mendengar ceramah.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator.
Buat apa tu? Sekali sekala memicit dan dipicit.
 Aktiviti dalam kumpulan
 Macam-macam aksi yang dipamerkan
 Pembentangan dalam kumpulan

 Penyampaian hadiah kepada peserta terbaik



 Penyampaian cenderamata kepada fasilitator





Guru Muda sesi petang 2016
Guru Muda sesi pagi bergambar kenangan. Terima kasih semua dan selamat menjalankan tugas.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON