Selamat Datang Tahun 2016

Assalamualaikum semua pembaca blog ini.

Tahun 2016 hadir menyapa kita, bersyukurlah kita kerana diizinkan untuk terus bernafas. Hari ini aku ingin bercerita tentang pengorbanan menghadapi kelas abad 21. Ya, kajian mendapati Negara kita banyak ketinggalan dari segi pendidikan sehingga dikatakan sistem pendidikan kita berada pada tahap ke belakang. Lalu, lahirlah konsep Kelas Abad-21.

Sebagai majikan, pengetua pun bertanggungjawab untuk menerangkan konsep pembelajaran abad ke 21 dan melantik guru penyelaras untuk mempraktikkan konsep ini di sekolah. Dengan peruntukan yang sedikit, kami cuba membina sebuah kelas Abad ke-21. Susun atur kelas diubah, LCD dipasang secara kekal. Kelas dipasang gril untuk mengelakkan kecurian. Lantas kelas yang bertuah itu diajar dengan penuh kelengkapan serba serbi.

Kelas yang tidak terpilih langsung tidak berkecil hati. Apa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Tahun ini lebih banyak banyak kelas cuba membudayakan ciri-ciri kelas Abad ke-21. Sebagai guru yang tidak ditugaskan mengajar di kelas yang tidak terpilih, aku berusaha sedaya upayaku untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran yang baharu.

Seperti orang mengantuk disorong bantal, suatu hari datang seorang pembekal yang menjual LCD kelas abad 21. Kononnya cucuk pemacu pena (pendrive) sahaja boleh pancar. Aku teruja. Harganya?
Wow!RM2500.00 sebulan gaji guru yang 5 tahun bekerja. Mahu tidak mahu, aku membeli LCD itu dengan janji untuk membayar secara ansuran. Akhirnya LCD itu kumiliki. Sayang seribu kali sayang, cucuk cucuk tak keluar. Aku marah dan bosan. Aku menyalahkan diri sendiri dan marahkan si penjual yang tidak menepati janji. Komputer riba terpaksa juga diusung untuk ke kelas, itu belum lagi wayarnya yang panjang berserabut. Untuk menyelesaikan bayaran aku terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang lain sehingga tabunganku menipis.

Kepada yang mencipta konsep ini, pertama peruntukan kewangan perlu difikirkan dahulu. Janganlah sampai guru terpaksa memotong gaji sendiri semata-mata hendak melengkapkan kelasnya dengan LCD. Beruntunglah sekolah yang mewah serba serbi dan guru-guru Sains dan Matematik yang mengajar di makmal yang lengkap. Inilah yang dinamakan pengorbanan, sekalipun golongan seperti kami ini sentiasa dikritik oleh segelintir masyarakat.

Betul, kelas Abad ke-21 tidak semestinya lengkap dengan komputer dan LCD tetapi kelas Abad ke21 tanpa komputer dan LCD itu kelihatannya tidak lengkap. Sekian sekadar pandangan dan perkongsian. Penggunaan teknologi memang menarik namun bersediakah kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

PANTUN AYUH MEMBACA

PANTUN BAHASA MELAYU