Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Guru Muda

Imej
Tahun 2016 aku menerima tugasan sebagai penyelaras Guru Muda buat kali kedua selepas kejayaan menjadi penyelaras tahun 2015. Nak dikatakan Berjaya pun aku kurang pasti, namun impaknya ada. Inilah kumpulan Guru Muda sesi petang yang baru selesai diberi kursus. Semua maklumat telah diterangkan dan latihan diberi. Mungkin masih setahun jagung, Guru Muda tahun 2015 kurang memainkan peranannya kecuali beberapa orang murid yang sangat komited dan benar-benar faham tugas mereka. Yang ini pula Guru Muda sesi pagi. Walaupun kurang berjaya seratus peratus, namun impaknya jelas melalui penampilan beberapa orang Guru Muda yang berkaliber, berkebolehan dan sangat banyak membantu semasa ketiadaan guru di kelas. Aku berbangga diberi tugasan yang mampu dilakukan dengan kudrat yang ada. Tahun 2016, lencana baru ditempah melalui Internet kutemui Studio Akamika. Khidmatnya cepat dan pantas. Butang ini menggunakan hasil lukisan adikku Shikin yang kreatif orangnya. Inilah rupa logo Gur