Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

AKU, MEREKA DAN DEKON

Imej
Entri ini kutulis sebagai penghargaan buat anak-anak muridku Syafiq, Shah Irwan, Asyira, Hafiz dan Ikmal tidak lupa kepada Elyani kerana ini satu pengalaman berharga yang tidak ternilai bandingannya. Apabila menyebut tentang Dekon, ramai yang tidak pernah mendengarnya, namun dalam kalangan penggiat seni persembahan dan bahasa lebih mengenali puisidra (puisi dan drama), taripudra (tarian, puisi dan drama). Dekon merupakan singkatan deklamasi dan lakonan, hal ini bermakna dekon melibatkan penyampaian deklamasi sajak dan dendangan puisi yang dilatari oleh lakonan yang memaknakan persembahan.


         Apabila SMK Cheras Perdana menganjurkan bengkel dekon ini dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, setiap sekolah dikehendaki menghantar wakil seramai dua orang untuk mempelajari tentang dekon. Melihat senarai nama calon yang dipilih oleh Ketua Panitia, aku lantas mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan murid yang lebih berkebolehan dan berani menonjol di khalayak, tidak…

Selamat datang 2017

Tahun 2017 sudah menjengah, namun blog ini semakin usang. Disebabkan banyak sekali perkara menarik yang tercatat dalam sejarahku maka kuteruskan membuat catatan di sini. Pertama, sekolahku sudah mempunyai bumbung Lindungan Suria maka banyak aktiviti boleh dijalankan walaupun keadaan panas dan kurang selesa. Kedua, aku sekali lagi dilantik menganggotai AJK PIBG setelah sekian lama direhatkan namun kali ini sebagai wakil GKMP. Ketiga, tahun ini keputusan SPM diumumkan sebagai terbaik sepanjang aku berkhidmat di sini....syukur Alhamdulillah, memegang 3 kelas tingkatan 5 memang memenatkan, namun aku percaya jika ada kegigihan pasti akan beroleh kejayaan.

Dari sudut yang lain pula, pelantikan sebagai Pegawai Teknikal Unit koakademik Bahasa Melayu sangat mengujakan. Maklumlah, aku gemar memerhati dan melihat bakat dan potensi anak-anak didik untuk diketengahkan. Berjumpalah aku dengan anak-anak didik berbakat besar dalam arena pidato kutemui Nur Fathiah, dalam melagunya syair kutemui Syafiq…