Soalan Ujian dan Peperiksaan
SULIT 2215
Kesusasteraan Melayu
September 2011
2 ½ jam
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
KESUSASTERAAN MELAYU
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian; Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
4. Jawaban hendaklah ditulis dalam kertas jawaban yang disediakan.
5. Pertimbangan markah berdasarkah isi dan penyampaian.
6. Jawaban hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu dan buku-buku teks yang telah ditetapkan.
7. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Bahagian | No. Soalan | Markah Penuh | Markah diperoleh | |
Bahagian Satu | 1 | 4 | ||
2 | 4 | |||
3 | 4 | |||
4 | 4 | |||
5 | 4 | |||
6 | 4 | |||
7 | 4 | |||
8 | 4 | |||
9 | 4 | |||
10 | 4 | |||
Bahagian Dua | A | 1 | 20 | |
2 | 20 | |||
B | 3 | 20 | ||
4 | 20 | |||
C | 5 | 20 | ||
6 | 20 | |||
7 | 20 | |||
JUMLAH | 100 |
_________________________________________________________________________Kertas soalan ini mempunyai 7 halaman bercetak
Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan
1.
Inilah sifar Pak Pandir,
Asalkan kaya itulah bergaya,
Asalkan berkilat itulah intan,
Asalkan buntat pasti bertuah,
Asalkan berbungkal itulah emas,
Sifat mudah percaya,
Tiada sedar terpedaya,
Susah buatan sendiri,
Akhirnya menyesal diri sendiri.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a) Nyatakan jenis puisi di atas. (1 markah)
b) Berikan tiga gaya bahasa puisi di atas. (3 markah)
2. Maka jatuh kerunsinganlah Tuanku Puteri Sa’dung itu. Maka dengan sebab itu,
maka tuan puteri pun suruh Sultan Abdullah bawa beralih akan isteri yang baru itu
kerana mahligai itu ia punya, maka Sultan Abdullah beri orang lain duduk, kerana
ia hendak duduk mahligai itu.
(Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)
Jelaskan dua perkara yang menyebabkan Puteri Sa’dung berasa runsing. (4 markah)
3. Maka kata tuan puteri, “Landak ini pun pandai berpantun sekali rupanya. Kitalah
yang disindirnya.” Maka kata Raden Kesuma Ningrat, “Hai adinda, sedangkan binatang
lagi pandai menyindir kita.” Maka tuan puteri pun tersenyum.
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)
Berikan empat watak binatang dan peranan masing-masing dalam cerita di atas. (4 markah)
4. Masih menguntumkah
bunga damai
sekiranya dunia
masih berperang
kejahilan masih berleluasa
sebaris kejam
mengimami rumah mesra
merayap mesiu
dan mortar menyusup telinga
meratah rakus jiwa manusia?
Berikan dua gaya bahasa yang digunakan dalam puisi di atas berserta contoh. (4 markah)
5. RAJA SULAIMAN : Syukur, cucunda tuanku.....cucunda luka? (Memandang pakaian
SULTAN AHMAD yang penuh berpalit darah)
SULTAN AHMAD : Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat
cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. Mari lekas
kita semua berundur. Feringgi tentu mengejar kita. Nenda tuanku
sama-sama ketuakan hulubalang-hulubalang kita berkubu dan
membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Kita bertahan di sana,
kita belum putus asa.
(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok : Madu Ilmu)
Jelaskan dua perwatakan Sultan Ahmad. ( 4 markah)
6. SEMUA :
Beradat berbudaya itu mulia
bersopan santun berbudi bahasa itu kaya
tapi jangan sampai lupa harga diri
jangan sampai tergadai harta benda.
(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru)
Nyatakan dua citra masyarakat dalam drama di atas. (4 markah)
7. Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung terjun. Dengan
menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga suku. Anak-anaknya
habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga
suku Jusoh. Panjang-panjang langkahnya di atas permatang.
(Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah)
a) Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Jusoh bagaikan ‘tiga suku’. (2 markah)
b) Jelaskan tindakan yang dilakukan selepas peristiwa di atas. (2 markah)
8. Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! Ini
rancangan orang gila. Kami tak mahu turut serta.
(Dipetik daripada cerpen Melakar Impian)
a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas dan dengan siapakah dialog tersebut dituturkan?
(2 markah)
(2 markah)
b) Jelaskan ‘rancangan’ yang dimaksudkan dalam cerpen di atas. (2 markah)
9. “Saya rasa Syed Fariz ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap
permasalahannya, tetapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang.”
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih)
Huraikan empat masalah yang telah ditimbulkan oleh Syed Fariz seperti dalam dialog di atas. (4 markah)
10. Berdasarkan dialog dalam novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan jadual di bawah.
Dialog dalam novel | Latar tempat |
a) “Ya, sayalah Pak Amat, apa halnya? Awak dari mana?” Soal Pak Amat pula. | |
b) “Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah hari ni? Tanya Jalil pantas. | |
c) “Maafkan saya Pak Lang. Saya tak tergamak tinggalkan pondok buruk ni. Jadi, terpaksalah saya bakar supaya hati saya tak berbelah bahagi lagi,” Jalil menjelaskan tindakannya | |
d) “Latifah bekerjalah di sini. Abang ada satu perancangan besar dengan kampung kelahiran kita. Kalau Pah tidak ada bersama-sama abang, Pah tidak akan tahu perancangan itu.”Jalil mengumpan Latifah untuk berada di bawah satu bumbung dengannya. |
(4 markah)
[Lihat sebelah
Bahagian Dua
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PUISI
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup di atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
a) Nyatakan jenis puisi di atas. ( 2 markah)
b) Jelaskan tiga ciri bentuk puisi di atas. ( 6 markah)
c) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. ( 4 markah)
d) Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. ( 8 markah)
2. Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, huraikan :-
a) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. ( 10 markah)
b) Berikan dua sebab Siam menyerang kerajaan Sultan Abdullah. ( 4 markah)
c) Jelaskan tiga kelebihan Puteri Sa’dung. ( 6 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. MERDEKALAH BAHASAKU
Siti Zaleha M. Hashim
Merdeka
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada retak-retak petamu
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada warnamu hampir kelabu
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada penjara anak-anakmu
ambil kembali tanjak
buka silat tegak bergerak
kembali ke tempat asal di puncak
kumpul semula sakti
suara dan martabat diri
di sana menanti pentas dunia
dengan penuh cahaya
merdeka
merdekalah bahasaku
agar kembali tumbuh segar
dalam setiap hati
anak-anak negara ini.
a) Huraikan nada sajak ini. (4 markah)
b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh. (8 markah)
c) Nyatakan empat harapan penyajak terhadap bahasa kebangsaan. (8 markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail :-
a) Huraikan dua persoalan dalam drama. (4 markah)
b) Nyatakan empat latar masyarakat yang dapat diperhatikan dalam drama ini. (8 markah)
c) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam drama. ( 8 markah)
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7
5. Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata
tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia
menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh dan berbau
kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat dan
dan dimasukkan kembali.
(Dipetik daripada cerpen Gersang dalam Madu Ilmu : halaman 94)
a) Huraikan lima teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas.(10 markah)
b) Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen di atas.
(10 markah)
(10 markah)
6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid:-
a) Jelaskan konflik yang dihadapi oleh empat watak dalam novel tersebut. ( 8 markah)
b) Berikan enam latar tempat dalam novel tersebut dengan mengemukakan
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar tempat tersebut. ( 12 markah)
7. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh;
a) Huraikan lima bukti yang menunjukkan kegigihan Jalil. (10 markah)
b) Huraikan lima nilai murni ysng terdapat dalam novel tersebut. (10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT