Catatan Kenangan

Rindu ini telah lama bermukim di hatiku. Kenangan paling pahit dalah sejarah hidupku ialah ketika bersekolah di SMT Ipoh, terutamanya semasa bergelar junior. Asalnya, aku tidak ditawarkan tempat di asrama, namun dengan pertolongan abang sulung, mudah sahaja aku diberi tempat paling awal. Dengan Pigeot Ayah, aku dibawa ke Ipoh dan melalui detik-detik yang amat pahit.

Aku disambut oleh wajah-wajah senior yang bengis dan mula mengenal erti berdikari. Saban waktu, kami melalui hari yang duka dengan jerit tengking senior yang kononnya mengajar tentang disiplin. Makan kami di asrama ala kadar sahaja dan paling kerap berlauk telur dan ikan kembung. Kini, semua itu tinggal kenangan. Senior yang garang itu ditemui kembali.

Sempena Syawal yang lalu, kami bertemu dalam majlis Reunion SMT Ipoh di Restoran Melayu, Kuala Lumpur. Setelah 25 tahun, kami bertemu kembali. Rakan-rakan di Aspuri hadir membawa cerita yang sama.
Melalui Facebook, aku berjaya menjejak kembali rakan lamaku yang amat kurindui.

Terima kasih sahabatku, sesungguhnya kenangan yang lalu mengajar kita erti rindu.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANTUN UNTUK PUAN ZAKIAH SEMPENA PERSARAAN BELIAU

Teks Ucapan Perasmian Minggu Kemanusiaan

AKU, MEREKA DAN DEKON